username :
password :
   

LOGIN AREA

 
 
 
 
Company Vision

Hi-Bloom menyetai industri jualan langsung kerana yakin bahawa industri ini mempunyai masa depan yang sangat cerah. Peningkatan pendapatan Negara melalui industri ini sentiasa positif tahun demi tahun. Potensi industri sangat besar dan pasarannya bukan lagi terhad dalam Negara, malahan syarikat-syarikat jualan langsung Malaysia sudah berjaya melebarkan perniagaan mereka ke luar negara ke seluruh dunia. Bermakna Malaysia sudah memasuki satu era baru iaiatu mengeksport industri keluar negara.

Kami juga yakin dengan menyertai industri ini kami dapat membantu Kerajaan melalui penawaran peluang kerja yang tiada hadnya. Di samping itu turut menyumbang membangunkan bidang perniagaan dan keusahawanan, khususnya untuk Bumiputra. Kami mensasarkan golongan muda termasuk graduan-graduan lulusan IPT Kerajaan mahupun swasta untuk dibimbing menyertai bidang perniagaan jualan langsung. Kami mahu mereka melihat industri ini sebagai universiti kedua mereka, kerana mereka akan belajar banyak perkara mengenai perniagaan dan keusahawanan. Perniagaan ini tidak memerlukan modal besar dan juga tidak memerlukan pengalaman. Kami sen tiasa bersedia untuk melaltih dan melatih mereka sehingga mereka dapat menguasai ilmu, kemahiran serta menambah pengalaman dalam bidang pemasaran. Pemasaran adalah tonggak kepada perniagaan dan keusahwanan. Oleh itu industri jualan langsung adalah tapak subur untuk menyemai benih keusahwanan.

Untuk berkembang, syarikat bersiap sedia memastikan industri sokongan sentiasa mampu memacu perniagaan Hi-Bloom ke hadapan. Jalinan kerjasama antara pembekal telah dijaga sejak puluhan tahun lalu. Syarikat juga sentiasa fokus kepada pembangunan produk baru dengan menyediakan dana khusus untuk R&D. Syarikat juga berhasrat berkembang keluar Malaysia, sebagaimana namanya Worldwide, Hi-Bloom akan bergerak keluar dari tahap ke tahap. Hi-Bloom sudahpun menjejakkan kakiknya ke pasaran Indonesia dengan penubuhan PT Hi-Bloom Global di Surabaya. Bagi pasaran negara jiran seperti Singapura dan Brunei, produk kita telahpun berada di sana.


 
 
design by :
ini adalah beruang xr!