username :
password :
   

LOGIN AREA

 
 
 
 
PUSH

PUSH adalah singkatan daripada Projek Usahawan Siswazah Hi-Bloom. PUSH dirancang untuk menarik lebih ramai siswazah lulusan Intitut Pengajian Tinggi awam dan swasta baik tempatan atau luar negara menyertai Projek membangun diri sebagai usahawan. Projek ini sangat sesuai dijadikan alternatif kepada para siswazah yang sedang mencari peluang kerjaya setelah menamatkan pengajian mereka. Ia juga satu alternatif yang sangat relevan terutama dalam situasi kekurangan peluang kerja di mana ramai siswazah terpaksa menganggur tanpa pekerjaan.

PUSH adalah satu wawasan yang selari dengan hasrat pembangunan Modal Insan Negara. Melalui PUSH kami ingin mendedahkan para siswazah kepada alam keusahawanan tulen di mana mereka akan menjalani proses bekerja dan terus belajar meningkatkan pengetahuan, pengalaman dan kemahiran di bidang keusahawanan.

Aktiviti
PUSH memulakan aktivitinya dengan menyertai Karnival Kerjaya IPTA peringkat kebangsaan pada 25-27 Julai 2007 di Universiti Putra Malaysia. Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak telah merasmikan Karnival tersebut.

1. KARNIVAL KERJAYA, 2007



2. GERAK USAHAWAN, 2007

PUSH turut menyertai Gerak Usahawan 2007 anjuran Kementerian Usahawan dan Koperasi di Pusat Dagangan Dunia Putra pada 25-26 Ogos 2007.


 
 
design by :
ini adalah beruang xr!