Company Products
Kesihatan
Mengapa kesihatan dan mengapa produk kesihatan? Hi-Bloom memberi keutamaan kepada produk kesihatan untuk dipasarkan kerana keutamaan kesihatan itu sendiri. Setiap orang menyedari bahawa kesihatan adalah elemen penting dalam kehidupan. Segala yang lain termsuk wang ringgit dan kekayaan harta benda menjadi tidak bermakna apabila kesihatan sudah hilang. Melalui perniagaan Hi-Bloom, kita bukan sekadar memasar produk yang boleh membantu pengguna menjadi sihat tetapi juga membawa mesej pendidikan tentang penjagaan kesihatan. Syarikat memilih kesihatan kerana ia ada kaitan dengan latarbelakang pemiliknya yang juga seorang doktor. Oleh itu ia bukan sekadar kebetulan, tetapi suatu perancangan.
Dengan fokus kepada kesihatan, semua pengedar akan menyertai bidang ini secara sedar, bukan sahaja untuk meraih rezeki daripadanya, tetapi juga akan turut sama menghayati makna kesihatan itu sendiri. Melalui program latihan yang disediakan, kita mengharapkan semua yang terlibat dlam Hi-Bloom akan mempunyai kesedaran tinggi terhadap soal kesihatan baik kesihatan diri, keluarga mahupun kesihatan pelanggan mereka.
Produk kesihatan kita telahpun memasuki pasaran dan diterima pengguna. Pengguna telah menunjukkan kesetiaan mereka kepada produk, dan ini membuktikan produk tersebut berkesan membantu mereka mengekalkan kesihatan mereka. Produk kita telah banyak berjasa membantu pengguna pulih daripda pelbagai gejala penyakit. Antaranya kanser, leukimia, lumpuh, strok, tekanan darah tinggi, diabetes, hepatitis, arthritis, gastric, migraine dan lain-lain.
|