| |
|
Company Profile
Hi-Bloom Worldwide Network Sdn. Bhd. (HBWNSB) ditubuhkan dan didaftarkan pada 23 November 2005, dengan no pendaftaran 715731-A. Beroperasi di No 22A-1, Jalan Impian Perdana 1, Saujana Impian, 43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan. Syarikat memperolehi Lesen Jualan Langsung pada bulan Mac 2008. HBWNSB dimiliki sepenuhnya oleh Bumiputra yang mempunyai pengalaman belasan tahun dalam industri jualan langsung.
Lembaga Pengarah
 |
Pengerusi
Dato’ Hj Mohd Hadzir Ismail
Beliau adalah bekas ADUN Merbau Pulas, Kedah; bekas guru lulusan BSc (USM) dan Cert. Ed (Malaya). |
 |
Pengarah
Hj Afifi Ahmad
Berkelulusan Sarjanamuda Sastra (UKM), Diploma PI, Cert. Ed (Malaya). Berkhidmat dengan Universiti Pertanian Malaysia sehingga 1994, kemudian menceburi bidang perniagaan sepenuh masa sehingga kini. Mempunyai latarbelakang akademik dan pengalaman dalam bidang kewartawanan dan perhubungan awam. Berkhidmat lebih 17 tahun dalam perkhidmatan sukarela dalam pasukan Askar Wataniah berpangkat Kapten. Meneruskan aktiviti menulis dan menjadi jurulatih latihan terutama di bidang kepimpinan, pemasaran dan pembangunan diri. Kini telah menghasilkan belasan buah buku, lima daripadanya telah berada di pasaran. Beliau juga terlibat dalam aktiviti penyelidikan di bidang biotek, rawatan alternatif dan pembangunan produk. Beliau juga adalah Master Reiki.
|
 |
Pengarah
Dr Hjh Julidar Alias
Lulusan bidang perubatan (MD) dari UKM dan pernah berkhidmat sepuluh tahun dengan hospital Kerajaan dan Pusat Perubatan Pelajar UPM. Pada tahun 1993 memulakan perniagaan sendiri melalui Pusat Perubatan Julia di Kajang. Beliau juga turut memberi ceramah kesihatan kepada orang ramai dan menulis tentang hal-hal kesihatan.
|
Perunding Syarikat
Syarikat dibantu oleh barisan perunding dari pelbagai bidang berkaitan pembangunan perniagaan yang diceburi. Antara mereka adalah pakar dalam bidang perubatan, bioteknologi, farmakologi dan lain-lain.
|
Dr Mustaqim Afifi, MD.
Lulusan bidang perubatan yang kini berkhidmat dengan Hospital Kerajaan.
|
Dr Syarida Kamaruzzaman, MD.
Lulusan bidang perubatan yang kini sedang bekhidmat dengan Hospital Kerajaan. |
Encik Shahabuddin Mat Piah, M.Sc.
Bekas pensyarah di Universiti Putra Malaysia. Mempunyai kelayakan dan kepakaran dalam bidang sains tanah dan kini mengembangkan penyelidikan dalam bidang biotek.
|
|
|
|
|
|